Close

Xiaomi 12 Pro turut diumumkan – Dijana Snapdragon 8 Gen 1, pengecasan pantas 120W dan tri–kamera 50MP

Acara pelancaran siri Xiaomi 12 turut memperlihatkan satu lagi barisan Xiaomi 12 iaitu Xiaomi 12 Pro. Merupakan model paling berkuasa dari Xiaomi ketika ini dengan menampilkan spesifikasi tertinggi yang ada dipasaran dan membawakan beberapa fungsi baru.

Xiaomi 12 Pro dilengkapi dengan skrin Samsung E5 AMOLED 6.73 inci 3,200 x 1,440, menyokong kecerahan sehingga 1,500nit dan dilengkapi dengan teknologi LTPO 2.0. Dijana Snapdragon 8 Gen 1, RAM sehingga 12GB dengan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh  dengan teknologi cip Surge P1 yang menyokong pengecasan pantas 120W dan pengecasan tanpa wayar 50.

Kamera utama tampil dengan tetapan tri kamera dengan sensor utama 50 MP IMX707, 50 MP ultra lebar dan 50 MP telefoto dan mempunyai sokongan OIS. Bagi kamera swafoto ia tampil dengan sensor sebesar 32 MP. Untuk rakaman video, ia mampu merakam sehingga 8K pada 30fps.

Xiaomi 12 Pro tampil dengan empat speaker yang unik dengan dua daripadanya adalah speaker utama dan dua lagi adalah tweeter yang dibangunkan dengan kerjasama Harman Kardon. Ciri lain yang turut dibawakan adalah seperti piawaian IP68, pelindung skrin Gorilla Glass Victus, Dolby Vision, Dolby Atmos. Bagi ciri keselamatan pula, ia tampil dengan pengimbas cap jari di bawah skrin.


Untuk pasaran China, Xiaomi 12 Pro dijual pada harga bermula CNY 4,699 (RM3,087) bagi 8GB/128GB, CNY 4,999 (RM3,380) bagi 8GB/256GB manakala untuk spesifkasi tertinggi 12GB/256GB ia dijual pada harga CNY 5,399 (RM3,543).

ARTIKEL BERKAITAN