Close

Xiaomi membandingkan saiz skrin antara Xiaomi 12 dan iPhone 13


Xiaomi telah pun menjadualkan hari pelancaran bagi siri Xiaomi 12 pada 28 Disember ini di China. Berikutan itu, Xiaomi telah pun memberikan beberapa maklumat awal mengenai siri Xiaomi 12 melalui poster yang mempromosikan model tersebut.

Terkini, Xiaomi mendakwa yang Xiaomi 12 mempunyai pensijilan dari DisplayMate A+, serta mempunyai rekaan yang lebih nipis dan lebih selesa ditangan berdasarkan dari poster yang membandingkan rekaan antara Xiaomi 12 dan iPhone 13 .

Xiaomi turut membandingkan saiz skrin Xiaomi 12 dan iPhone 13, memperlihatkan Xiaomi 12 mempunyai saiz yang lebih luas dengan skrin 6.28 inci berbanding iPhone 13 dengan 6.1 inci. Selain itu, iPhone 13 juga mempunyai rekaan sedikit lebar 7.15 mm berbanding Xiaomi 12 dengan 6.99 mm.

Dengan perbandingan yang dibuat oleh Xiaomi telah mencetuskan perdebatan di antara Apple dan Xiaomi di Weibo. Lebih banyak akan didedahkan oleh Xiaomi menjelang hari pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN