Acara Samsung Galaxy Unpacked 2022 dijadualkan pada 9 Februari ini – Pelancaran siri Galaxy S22 - FUZZ.MY

Wednesday, January 26, 2022

Acara Samsung Galaxy Unpacked 2022 dijadualkan pada 9 Februari ini – Pelancaran siri Galaxy S22



Samsung telah mengumumkan tarikh rasmi acara Galaxy Unpacked 2022 yang dijadualkan pada 9 Februari ini, beberapa minggu sahaja dari sekarang.


Dalam acara tersebut, Samsung dijangka akan melancarkan siri Galaxy S22 dengan 3 pilihan varian iaitu Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra yang dijana dengan cip pemproses yang baru, Exynos 2200 dengan kerjasama AMD.


Gambar : Evan Blass


Jika lihat dari maklumat yang tertiris, siri Galaxy S22 dilihat akan menggunakan rekaan yang hampir sama seperti siri Galaxy S21. Namun, terdapat sedikit perubahan, akan menyokong S-Pen dan spesifikasi yang dipertingkat.


Apa pun, sama-sama kita nantikan acara Galaxy Unpacked secara langsung pada 9 Februari ini 11.00 PM (waktu Malaysia).