Close

Apple dijangka menaikkan harga jualan bagi siri iPhone 14

Walaupun hari pelancaran bagi siri iPhone 14 masih lagi tidak diketahui, namun seperti kita tahu yang Apple bakal membawakan perubahan yang radikal pada siri iPhone 14 yang mungkin akan menjadikan sebagai penanda aras baru buat keluarga iPhone.

Melalui LeaksApplePro, baru-baru ini telah berkongsi harga jualan bagi siri iPhone 14 untuk pasaran Amerika Syarikat. Yang memperlihatkan siri iPhone 14 akan dijual lebih mahal berbanding model sebelumnya.

iPhone 14 akan dijual pada $799 sama seperti harga model asas bagi iPhone 13, dengan ketiadaan versi mini pada siri iPhone 14 ia akan digantikan dengan iPhone 14 Max dengan harga sekitar $899 yang mungkin tampil dengan versi yang lebih besar dari iPhone 14.

Manakala bagi iPhone 14 Pro ia akan dijual pada harga $1,099 iaitu lebih mahal berbanding iPhone 13 Pro yang dijual pada $999. Sementara iPhone 14 Pro Max juga dilihat menerima kenaikkan iaitu $1,199 berbanding iPhone 13 Pro Max iaitu $1099.

Walaubagaimanapun, dalam laporan LeaksApplePro ia tidak menyenaraikan saiz storan bagi setiap model. Tetapi secara teknikalnya siri iPhone 14 mungkin akan mempunyai saiz storan minimum .yang lebih besar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN