Close

Apple syarikat paling berharga di dunia dengan nilai $3 trillion

Apple memulakan tahun 2022 dengan bergaya dan terus menerus menjadi kuasa besar dalam pasaran apabila berjaya menjadi syarikat pertama bernilai $3 Trillion dalam masa yang singkat berikutan kenaikkan harga saham yang mencecah $182.94.

Apple hanya mengambil masa kira kira 16 bulan sahaja selepas syarikat tersebut berjaya mencapai nilai $2 Trillion pada Ogos 2020. Apple kini merupakan syarikat paling berharga di dunia.

Kejayaan besar ini adalah berikutan permintaan yang terus meningkat bagi peranti seperti iPhone, iPad, Mac, Watch dan juga Airpods. Selain itu, Apple kini menggunakan cip keluaran sendiri pada kebanyakkan peranti daa turut menjana pendapatan dari perkhidmatan iCloud.

Kita mungkin dapat melihat Apple mencapai nilai $4 Triilion selepas ini walaupun ia dilihat sedikit sukar bagi Apple untuk mencapai nilai tersebut. Namun tiada yang mustahil memandangkan Apple kini menyertai arena Automotif dan AR.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN