Close

Pengguna iPhone tidak boleh lagi kekal dengan iOS 14, sebaliknya perlu terus ke iOS 15

Sebelum ini Apple telah menawarkan 2 pilihan kemaskini terhadap pengguna iPhone iaitu sama ada ingin beralih ke iOS 15 ataupun kekal dengan iOS 14. Tapi nampaknya ia telahpun berubah apabila pengguna iOS 14.8 tidak akan lagi mendapat kemaskini terbaru.

Sebaliknya terpaksa kemaskini terus ke iOS 15, tiada pilihan versi iOS 14.8.1. Jika mengikut versi iOS 14 terkini, ia sudah tiada kemaskini versi terbaru sejak Oktober tahun lalu. Namun pilihan kemaskini yang ada hanyalah iOS 15.2.1 yang terkini.

iPhone yang masih menyokong iOS 15 adalah iPhone SE (2016), iPhone 6S dan sehingga siri iPhone 13.

ARTIKEL BERKAITAN