Close

Cip Exynoss 2200 dengan kerjasama AMD akan dilancarkan bersama siri Samsung Galaxy S22

Jika mengikut jadual, Samsung sepatutnya memperkenalkan cip terbaru mereka iaitu Exynos 2200 pada beberapa hari lalu, tapi ia telah ditangguh dan pelbagai spekulasi tentangnya tersebar.
Namun pihak Samsung mengatakan bahawa tiada masalah pengeluaran dan menyangkal semua spekulasi, lebih-lebih tentang siri Galaxy S22 yang tidak akan guna Exynos, tapi guna Snapdragon sepenuhnya. Ia tidak benar.
Jadi, kita akan melihat siri Galaxy S22 yang akan dilancarkan tak lama lagi bersama cip terbaru dengan kerjasama AMD iaitu Exynos 2200 yang akan memberi prestasi yang cukup berkuasa pada sebuah telefon pintar.
Pelancaran siri Galaxy S22 dijangka sekitar awal Februari ini. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN