Close

Galaxy S22+ dan S22 Ultra dijangka hadir dengan pengecasan pantas 45W

Samsung telahpun mengesahkan hari pelancaran bagi siri Galaxy S22 pada 9 Februari ini. Pada acara pelancaran tersebut, Samsung bakal membawakan tiga varian baru di bawah Galaxy S22 iaitu Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra.

Sebelum ini, banyak laporan mengatakan yang Samsung akan mengekalkan pengecasan pantas 25W seperti pada model terdahulu. Namun berdasarkan dari laporan terkini, sekurang kurangnya barisan premium Galaxy S22 di sahkan akan hadir dengan pengecasan pantas 45W sementara bagi varian asas pula adalah 25W.



Merujuk dari pensijilan DEMKO Denmark, memperlihatkan kod model bagi siri Galaxys S22 iaitu Galaxy 22 (SM-S901E/DS, SM-901E, SM-S9010, SC-51C, SCG13) , Galaxy S22+ (SM/S906E/DS, SM-906E, SM-S9060)  dan Galaxy S22 Ultra (SM-S908E/DS, SM-908E, SM-S9080, SC-52C, SCG14). Dan melaluinya DEMKO memperakui yang Galaxy S22+  dan Galaxy S22 Ultra tampil dengan pengecasan pantas 45W.

Walaubagaimanapun, pensijilan Denmark tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai kapasiti bateri yang akan digunakan. Bagaimanapun, maklumat sebelum ini mendedahkan Galaxy S22 akan hadir dengan bateri 3,700mAh manakala Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra akan hadir dengan bateri 4,500mAh dan 5,000mAh.

Buat masa ini Samsung belum lagi mendedahkan sebarang spesifikasi mengenai siri Galaxy S22. Namun Samsung telah mengumumkan Galaxy Unpacked pada 9 Februari dan melaluinya Samsung turut akan melancarkan siri Galaxy TAB S8.

(Sumber) 

ARTIKEL BERKAITAN