Close

Google Pixel 6a dijangka akan dilancarkan pada Mei ini

Sumber : OnLeaks

Seperti yang dijangka, Google akan memperkenalkan siri Pixel a yang seterusnya. Sedia maklum, siri Pixel a adalah peranti kelas pertengahan yang ditawarkan dengan harga yang lebih mampu milik tetapi tampil dengan ciri sama seumpama peranti premium Google.

Google dijangka akan mengumumkan Pixel 6a pada bulan Mei ini merujuk kepada maklumat dari Max Jambor yang dikongsi melalui Twitternya. Sebelum ini kesemua siri Pixel a dilancarkan pada bulan Ogos namun untuk Pixel 6a Google dijangka akan mengumumkan lebih awal dari kebiasaan.

Sumber : OnLeaks

Bercakap mengenai Pixel 6a, ia dijangka akan dikuasakan dengan cip Tensor dan akan membawakan reka bentuk yang sama seperti siri Pixel 6. Namun pada bahagian kamera ia mungkin menggunakan sensor kamera yang lebih rendah berbanding siri Pixel 6. 

Untuk spesifikasi lain, Pixel 6a dijangka hadir dengan skrin OLED 6.2 inci dengan dimensi 152.2 x 71.8 x 8.7mm. Sensor kamera utama IMX363 12.2MP mungkin akan digunakan, sensor sama digunakan pada Pixel 4, Pixel 4a dan Pixel 5. Kamera sudut lebar IMX355 12MP bersama kamera swafoto 8MP. Selain itu, Pixel 6a akan menjadi siri Pixel a pertama hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN