Close

Google Pixel Notepad mungkin akan dijual dengan harga bermula RM5,864


Google
nampaknya sudah bersedia untuk memasuki arena peranti boleh lipat, sebelum ini terdapat laporan mengatakan yang Google akan tampil dengan nama Pixel Fold namun berdasarkan dari maklumat terbaru peranti boleh lipat pertama Google akan dikenali sebagai Pixel Notepad.

Berdasarkan maklumat terbaru, Google Pixel Notepad dijangka akan dijual lebih murah berbanding Galaxy Z Fold 3 iaitu sekitar $1,400 (RM5,864). Harga rasmi bagi Galaxy Z Fold 3 di Amerika Syarikat adalah $1799 (RM7,536). Walaupun ia bakal menjadi peranti Pixel paling mahal namun dalam segmen peranti boleh lipat Google dilihat menawarkan harga yang lebih kompetitif.

Pixel Notepad dijangka akan membawakan rekabentuk seumpama Oppo Find N berbanding dari Galaxy Z Fold 3. Berikutan saiz Oppo Find N di lihat lebih ergonomik dengan saiz skrin yang lebih kecil dan lebih lebar.

Selain itu, Pixel Notepad akan dijana oleh cip Tensor daripada siri Pixel 6 namun menggunakan sensor kamera yang lebih rendah iaitu IMX363 12.2MP, sensor sama yang digunakan pada Pixel 2, Pixel 3, Pixel 4 dan Pixel 5.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN