Close

Google Pixel Watch dijangka akan dilancarkan pada 26 Mei ini

Sumber : Jon Prosser

Khabar angin mengenai Google Pixel Watch telah pun ada sejak 2018, tahun berganti tahun ia kekal menjadi khabar angin sehinggalah hari ini terdapat beberapa laporan yang mengatakan jam tangan pintar pertama dari Google akan dilancarkan tahun ini.

Menurut Jon Prosser, Google Pixel Watch dijangka akan diumumkan pada 26 Mei ini. Merupakan kali pertama tarikh mengenai Pixel Watch tertiris dengan lebih spesifik. Sebelum ini, Jon Prosser menjangkakan Pixel Watch akan diumumkan bersama siri Google Pixel 6 tetapi perkara tersebut tidak berlaku.

Maklumat mengenai Pixel Watch ketika ini di ibarat sebagai teka teki yang belum menemui jawapanya. Buat masa ini, tiada lagi sebarang pengesahan rasmi dari Google mengenai tarikh pelancaran bagi Pixel Watch. Walaubagimanapun, ia sedikit sebanyak memberikan harapan mengenai Pixel Watch buat peminat Google.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN