Harga jualan Honor Magic V tertiris – Mencecah RM9897 - FUZZ.MY

Friday, January 7, 2022

Harga jualan Honor Magic V tertiris – Mencecah RM9897


Selain dari OPPO, HUAWEI, Xiaomi dan Samsung, Honor juga turut akan perkenalkan peranti dengan skrin boleh lipat pertama mereka iaitu Honor Magic V yang akan dilancarkan dalam masa beberapa hari saja dari sekarang. 


Dalam masa yang sama, harga jualannya telahpun tertiris dengan harga bermula CNY 13,999 (~RM9,239) sehingga CNY 14,999 (~RM9,897) untuk pasaran China. Jika diikutkan, harga berikut jauh lebih mahal berbanding Samsung Galaxy Z Fold3 atau OPPO Find N.


(Sumber)