Close

Harga jualan siri Samsung Galaxy S22 tertiris – Bermula dari RM4,021


Samsung dijangka akan mengumumkan siri Galaxy S22 tidak lama lagi. Berikutan dari itu, telah banyak maklumat mengenai siri Galaxy S22 tertiris di arena web seperti reka bentuk dan juga spesifikasi yang akan dibawakan.

Selain dari spesifikasi dan reka bentuk yang tertiris, terkini harga jualan bagi Galaxy S22 juga tertiris di arena web. Merujuk dari perkongsian Roland Quandit mengenai harga jualan Galaxy S22 di Eropah, terdapat kenaikkan harga pada semua varian.

Bermula dari model asas iaitu Galaxy S22 dengan spesifikasi 8GB/128GB ia akan dijual pada €849 (RM4,021),  manakala Galaxy S22+ dengan 8GB/128GB akan dijual bermula pada €1,049 (RM4,972) dan untuk 8GB/256GB pula adalah €1,099 (RM5,208).

Seterusnya untuk varian tertinggi iaitu Galaxy S22 Ultra, ia akan dijual pada harga bermula €1,249 (RM5,919) untuk 8GB/128GB, 12GB/256GB  €1,349 (RM6,393) dan untuk spesifikasi tertinggi iaitu 12GB/512GB akan dijual pada €1,449 (RM6,867).

Untuk makluman, varian Galaxy S22 Ultra tidak lagi membawakan spesifikasi asas dengan 12GB RAM seperti pada S20 Ultra dan S21 Ultra sebaliknya hadir dengan 8GB RAM. Begitu juga dengan spesifikasi tertinggi ia hanya menawarkan RAM sehingga 12GB sahaja tidak seperti sebelum ini iaitu 16GB RAM.

Kenaikkan harga jualan bagi siri Galaxy S22 mungkin disebabkan oleh masalah kekurangan bekalan cip. Walaubagaimanapun, harga jualan ini belum rasmi, dan juga mungkin akan ada perubahan ketika hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN