Close

Honor Magic V kini rasmi – Telefon boleh lipat paling nipis di dunia yang dijana cip Snapdragon 8 Gen 1

HONOR akhirnya mengumumkan Honor Magic V secara rasmi, dengan pelancaran itu ia sekaligus menjadikan merupakan telefon boleh lipat paling nipis di dunia ketika ini dengan ketebalan apabila di lipat 14.3mm dan ketebalan bila dibuka 6.7mm. Fokus utamanya Honor pada Magic V adalah untuk menjadikan ia seperti telefon biasa apabila dilipat.

Secara asasnya Magic V membawakan reka bentuk seperti Galaxy Z Fold 3 yang mempunyai skrin utama dan skrin kedua. Skrin utama bersaiz 7.9 inci OLED 90Hz 10:9 sementara skrin kedua pula bersaiz 6.4 inci OLED 120Hz 21:9, bezel yang sangat nipis membuatkan apabila ia dilipat ia menjadi seperti telefon biasa. Di jana Snapdragon 8 Gen 1 digabungkan dengan RAM sehingga 12GB, storan dalaman sehingga 512GB dengan bateri sebesar 4750mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Dari segi fotografi, ia membawakan tetapan tri kamera dengan kamera utama 50 MP sudut lebar, 50 MP ultra sudut lebar 50 MP spektrum yang dipertingkatkan dan juga sensor dTOF. Terdapat dua kamera swafoto, dimana satu diletakkan pada skrin utama dan satu lagi diletakkan skrin kedua dengan sensor 42 MP. Selain menjadi telefon boleh lipat paling nipis, Magic V juga merupakan telefon boleh lipat pertama tampil dengan dwi kamera swafoto bersaiz besar. 

Ciri lain yang dibawakan oleh Honor Magic V seperti pengimbas cap jari fizikal pada butang kuasa, dwi pembesar suara yang diperakui oleh IMAX ENHANCED, ketahanan lipatan sehingga 10 tahun penggunaan, sokongan WiFi 6, Bluetooh 5.2 dan menjalankan Magic UI 6 berasaskan Android 12 yang menyokong paparan berbilang tetingkap aplikasi pada masa yang sama.

Honor Magic V ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Burnt Orange, Space Silver dan Black. Tersedia dalam dua varian iaitu 12GB+256GB dan 12GB+512GB dan dijual pada harga bermula RM6,575 ($1,568). Akan dijual bermula 18 Januari untuk pasaran China.

ARTIKEL BERKAITAN