Close

HUAWEI P50 Pro dan P50 Pocket rasmi di Malaysia dengan harga mencecah RM7299

HUAWEI Malaysia hari ini telahpun melancarkan siri HUAWEI P50 terbaru yang mempunyai 2 pilihan model iaitu P50 Pro yang memfokuskan pada peranti kelas andalan dan P50 Pocket dengan kebolehan skrin yang boleh dilipat.

Dari segi spesifikasi, HUAWEI P50 Pro dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 888 4G, paparan skrin 6.6-inci AMOLED bersama 120Hz, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB, pengecasan pantas 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Manakala pada bahagian kamera, P50 Pro dilengkapi 4 kamera iaitu 50MP utama, 64MP telefoto bersama OIS, 13MP ultra sudut lebar dan 40MP sensor hitam putih yang mampu merakam video sehingga 4K 60fps. Manakal swafoto menggunakan kamera 13MP dengan video 4K 30fps.

Untuk P50 Pocket, ia dijana cip Snapdragon 888 (4G) juga tapi menggunakan skrin OLED 6.9-inci yang boleh dilipat bersama 120Hz, skrin luar OLED 1-inci, memori sehingga 12GB RAM, storan 512GB, bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan pantas 40W.

Kedua-dua peranti ini menjalanan sistem operasi HarmonyOS. Harga jualan untuk P50 Pro rasmi di Malaysia adalah RM4,199 (8GB + 256GB). Manakala P50 Pocket dengan harga RM5999 (8GB + 256GB) dan untuk varian paling tinggia dengan harga RM7,299 (12GB + 512GB).

ARTIKEL BERKAITAN