Close

iPad Pro 2022 dijangka menyokong MagSafe

Tahun lalu Apple telah perkenalkan iPad Pro dengan rekaan yang masih sama seperti model sebelumnya, namun dengan sedikit penambahbaikan dari segi spesifikasi dan dijana dengan cip terbaru Apple M1. Tahun ni, Apple dijangka akan melancarkan iPad Pro terbaru dengan rekaan yang sama juga.

Akan tetapi, iPad Pro 2022 dijangka akan hadir dengan teknologi pengecasan MagSafe seperti yang diperkenalkan pada siri iPhone 13.

Teknologi MagSafe sememangnya konsep yang menarik kerana ia menggunakan magnet untuk melekat pada belakang badan peranti. Namun, kekurangannya adalah ia hanya menyokong sehingga 15W sahaja, lebih perlahan dari pengecasan berwayar yang kini sehingga 27W pada iPhone 13 Pro Max.

Dengan kapasiti bateri iPad Pro yang lebih besar, harapnya Apple menaiktaraf MagSafe 15W ke kuasa yang lebih besar dan pantas. Kerana ia akan mengambil masa yang sangat lama untuk penuh jika menggunakan 15W sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN