Close

iPhone 15 mungkin hadir dengan cip yang dibangunkan sendiri 100% oleh Apple

Kita telah pun menyaksikan Apple mengunakan cip yang dibangunkan sendiri pada Mac dan juga beberapa model lain. Dan dari kejayaan itu, Apple merancang untuk melakukan perkara sama pada siri iPhone 15 yang akan dilancarkan pada tahun 2023.

Setiap langkah Apple dalam bidang cip sentiasa menarik perhatian peminat teknologi di seluruh dunia. Menurut dari laporan terbaru, Apple akan melancarkan siri iPhone 15 dengan cip sendiri dan akan mula tersedia menjelang tahun 2023. Cip tersebut akan dibangunkan dengan teknologi binaan 3nm TSMC dengan nama A17 Bionic.

Apple kini dalam langkah awal dalam penghasillan cip 100% dari mereka. Perkara ini turut di sokong melalui laporan sebelum ini di mana Apple sedia menghasilkan cip 5G mereka sendiri. Pembangunan Cip 5G tersebut akan dibantu IC RF yang menyokong dari segi reka bentuk. Akan memulakan pengeluaran percubaan dan penghantaran sampel dalam masa terdekat.

Apple dijangka akan memulakan ujian lapangan dengan pengeluar telekomunikasi utama pada tahun ini, kemudian akan memutuskan keperluan pengeluaran secara besar besaran pada 2023 kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN