![]() |
Sumber: Gizchina |
Melalui Jeff Pu, Apple kini sedang dalam fasa menguji protaip dan sampel komponen kanta telefoto 5x. Di samping itu, Apple juga dikatakan sedang mencari pengeluar komponen bagi kamera periskop yang akan disertakan pada iPhone 15 Pro.
Sekiranya proses mendapatkan komponen berjalan seperti yang dirancang kita bakal melihat iPhone 15 Pro dan iPone 15 Pro Max tampil dengan kamera periskop. Lante Optik dijangka akan menjadi pembuat lensa bagi kamera periskop Apple dan akan menghasilkan 100 Juta unit lensa hanya untuk Apple.
Selain dari laporan Apple akan mula menyertakan kamera periskop pada tahun 2023, pada tahun ini Apple dijangka akan memperkenalkan kamera sehingga 48 MP pada siri iPhone 14.