Close

iPhone SE 3 dijangka akan hadir dengan reka bentuk iPhone 8 dan menyokong 5G


iPhone SE 2020 sudah pun berusia dua tahun di pasaran, seperti kebiasaan Apple akan membawakan iPhone SE generasi baru selepas dua tahun. Sebelum ini telah ada beberapa maklumat awal mengenai iPhone SE 2022.

Berdasarkan maklumat terbaru, iPhone SE 2022 dijangka hadir dengan spesifikasi terkini namun akan menggunakan reka bentuk yang sama seperti iPhone SE 2020. Titik penjualan bagi iPhone SE 2022 adalah pada rangkaian 5G dan juga cip baru. Ia mungkin akan dijana cip A14 atau A15 namun tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan yang iPhone SE 2022 akan hadir dengan rekaan seumpama iPhone XR atau iPhone 11. Menurut @dylandkt melalui Twitternya, perubahan reka bentuk iPhone SE akan dibuat pada iPhone SE 2024.


iPhone SE 2024 dikatakan akan hadir dengan fungsi Touch ID yang diletakkan pada butang dan menggunakan reka bentuk daripada iPhone XR dan iPhone 11. Mempunyai takuk dengan saiz skrin di antara 5.7 inci sehingga 6.1 inci.

Buat masa ini Apple belum mengumumkan sebarang tarikh mengenai iPhone SE 2022. Sebelum ini iPhone SE 2020 diumumkan pada April 2020 dan kami beranggapan iPhone SE 2022 mungkin akan diumumkan pada bulan April kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN