Close

iPhone SE 3 dijangka akan hadir pada bulan April ini


Sumber : XLeaks7


iPhone SE 2020
 kini sudah pun berusia dua tahun di pasaran, kini tiba masa untuk Apple memperkenalkan generasi iPhone SE yang seterusnya untuk tahun 2022. Dan kini ada maklumat tentang hari pelancaran bagi iPhone SE 2022.


Merujuk kepada maklumat yang didedahkan oleh Ross Young melalui Twitternya, Apple dijangka akan melancarkan iPhone SE 2022 sekitar bulan April atau pada awal bulan Mei. Apple juga dikatakan sudah pun mula menghasilkan panel bagi iPhone SE 2022 pada bulan ini dan akan mula menghasilkan iPhone SE 2022 pada bulan Mac.

Seperti mana yang telah tertiris sebelum ini, iPhone SE 2022 akan menggunakan reka bentuk yang sama seperti model sebelum ini. Walaupun begitu tidak dapat dipastikan mengenai saiz skrin yang akan digunakan. Namun apa yang pasti, ia akan hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Model sebelum ini iaitu iPhone SE 2020 dijana dengan cip A13 iaitu cip sama yang digunakan pada siri iPhone 12. Berikutan itu, kami menjangkakan yang iPhone SE 2022 akan dijana cip A15 bersama modem Snapdragon X60 seperti mana pada siri iPhone 13.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN