Close

Lebih 25 kereta Tesla di 13 negara berjaya digodam oleh remaja 19 tahun


Seorang remaja berusia 19 tahun mendakwa telah berjaya menggodam lebih dari 25 buah kereta Tesla di lebih dari 13 negara yang membolehkan untuk membuka tingkap, pintu, radio, lampu hadapan, enjin dan mampu untuk memandu tanpa kunci.
Remaja berkenaan yang dikenali sebagai David Colombo, menyatakan beliau merupakan seorang pakar IT yang berpangkalan di Jerman. Beliau turut mendakwa telah berjaya melumpuhkan sistem anti-kecurian ( Sentry Mode) dan mampu melihat sama ada pemandu berada di dalam kereta atau pun tidak.
Selain itu, Colombo mendakwa yang dia mempunyai kawalan jauh dengan kemampuan penuh pada kereta Tesla dengan hanya menaip Command. Colombo juga mampu untuk mengawal stereng, pecutan dan brek dari jauh namun memilih untuk tidak melakukannya.
Masalah ini bukanlah berpunca dari kelemahan sistem yang digunakan oleh Tesla, namun ia datang dari kecuai pengguna Tesla itu sendiri. Beliau juga telah pun dihubungi oleh salah seorang pegawai Tesla yang sedang menyiasat mengenai perkara tersebut.
Melalui LinkedIn, Colombo merupakan seorang pakar keselamatan siber dan mendakwa beliau telah mula menulis kod pengaturcaraan sejak berumur 10 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN