Close

Lenovo mendedahkan reka bentuk Legion Y90 secara rasmi

Peranti yang memfokuskan kepada permainan kini semakin mendapat tempat di hati pengguna. Kerana terdapat pengeluar yang hanya memfokuskan kepada peranti permainan sahaja dan memberikan segala idea bagi menghasilkan sebuah peranti permainan yang terunggul.


Pada bulan lalu, Lenovo telah pun memberikan teaser awal mengenai peranti permainan mereka yang seterusnya iaitu Legion Y90 dengan paparan 144Hz , Lenovo turut menyatakan ia akan diumumkan pada 1 Januari 2022.

Terkini melalui laman web Weibo, Lenovo telah berkongsi satu video pendek yang berdurasi 27 saat sekaligus memberikan gambaran awal bagaimana reka bentuk Lenovo Legion Y90. 


Merujuk kepada video, ia memperlihatkan Legion Y90 akan tampil dengan skrin jenis rata bersama rekaan bucu bulat serta bezel yang nipis di bahagian atas. Di atas sebelah kanan terdapatnya kamera swafoto ini bermaksud tiada lagi kamera swafoto jenis pop up di tengah seperti sebelum ini.

Pada bahagian belakang, terdapat kamera belakang yang terletak di tengah dengan rekaan yang lebih menonjol. Dan satu kemestian bagi peranti permainan akan mempunyai elemen lampu RGB , pada Legion Y90 ia tampil dengan lampu berlogo Y. Selain itu, dapat dilihat ia mempunyai garisan antena pada bingkai berkemungkinan ia akan menggunakan binaan jenis logam.

Lenovo Legion Y90 akan menjalankan antaramuka ZUI, yang akan membawakan beberapa ciri baharu permainan untuk memberikan pengalaman bermain yang lebih baik. Antara spesifikasi yang telah disahkan Legion Y90 akan hadir dengan sistem penyejuk dwi-enjin, skrin bersaiz 6.92 inci E4 AMOLED dengan touch sampling rate 720Hz dan turut menyokongan kandungan HDR.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN