Close

OnePlus dedahkan rekaan rasmi OnePlus 10 Pro di acara CES 2022

 

Selepas pelbagai spekulasi tentang OnePlus 10 Pro tersebar di arena web. OnePlus akhirnya memperlihatkan rekaan sebenar OnePlus 10 Pro secara rasmi di acara CES 2022.


Ketirisan sebelum ini agak diragui memandangkan begitu banyak perubahan yang dilakukan pada siri OnePlus 10. Walaubagaimanapun, pada acara CES 2022 OnePlus telah mengesahkan rekaan OnePlus 10 Pro secara rasmi.


Merujuk kepada imej rasmi OnePlus 10 Pro, seperti yang dijangka ia akan mempunyai modul kamera belakang yang unik dengan tetapan tri kamera. Hadir dalam dua warna iaitu hitam dan hijau, dan tidak ketinggalan ia masih mempunyai butang alert slider di sebelah kanan.

Bercakap mengenai modul kamera, rekaan tersebut bukanlah sesuatu yang baru di mana Samsung telah pun hadir dengan rekaan sebegitu pada siri Galaxy S21. Namun, OnePlus melakukan sedikit perubahan dengan membuat pemisah yang berbeza antara bahagian atas dan bawah untuk menjadikan modul tersebut seakan terapung dalam keadaan tidak simetri.


Melalui imej tesebut juga ia mengesahkan yang OnePlus 10 Pro tidak akan mempunyai kamera periskop sebaliknya akan tampil dengan kamera utama, kamera sudut ultralebar dan kamera telefoto. Akan lebih banyak maklumat mengenai OnePlus 10 Pro akan didedahkan pada acara CES 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN