Close

OnePlus dijangka akan melancarkan OnePlus 10 Ultra pada hujung tahun ini


Sebelum ini OnePlus telahpun melancarkan OnePlus 10 Pro secara rasmi di China dan dilaporkan akan memasuki pasaran Eropah pada bulan Mac. Selain dari model Pro, OnePlus dikatakan bakal melancarkan satu lagi model premium dalam siri OnePlus 10 iaitu OnePlus 10 Ultra.

Menurut Yogesh Brabri melalui Twitter beliau, mengatakan yang OnePlus dijangka akan melancarkan model Ultra pada siri OnePlus 10. Menurutnya lagi, model tersebut sudahpun berada dalam fasa awal ujian kejuruteraan.


Laporan lain turut mengatakan yang OnePlus 10 Ultra mungkin akan hadir dengan MariSilicon X NPU yang mempunyai ISP sendiri untuk pemprosesan imej. OnePlus 10 Ultra dijangka akan berkongsi ciri utama dengan Oppo Find X5 Pro yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Seperti yang kita tahu OnePlus dan Oppo kini berada dibawah satu bumbung dan berkongsi teknologi yang sama.

Buat masa ini ia mungkin terlalu awal untuk diperkatakan berikutan terlalu sedikit maklumat yang tertiris mengenainya. Namun, pada masa akan datang lebih banyak maklumat yang akan didedahkan mengenai model Ultra pertama dari OnePlus ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN