Close

OnePlus tamatkan sokongan kemaskini perisian OnePlus 6 dan 6T

Selepas 3 kali kemaskini utama dan 3 tahun kemaskini keselamatan, kini telah tiba masanya untuk OnePlus menamatkan kemaskini bagi model OnePlus 6 dan 6T. Jika diputar kembali, OnePlus 6 dan 6T telah dilancarkan pada tahun 2018.

Ia bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan, kerana OnePlus telah pun mengumumkan sokongan kemaskini perisian bagi semua model OnePlus adalah selama tiga tahun bermula dari OnePlus 3 dan 3T. Kesemua model OnePlus akan mendapat tiga kemaskini utama (OS) dan tiga kemaskini keselamatan.

Kemaskini utama terakhir bagi OnePlus 6 dan 6T adalah OxygensOS 11 berasaskan Android 11 yang diberikan pada bulan September yang lalu, sementara kemaskini keselamatan terakhir adalah bulan Disember.

Buat pengguna yang merancang untuk terus menggunakan OnePlus 6 dan 6T. Anda kini mungkin boleh beralih arah kepada Custom Rom bagi mendapatkan kemaskini Android terkini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN