Close

ProMotion 120Hz tidak akan hadir pada model bukan Pro iPhone 14

Sebelum ini terdapat khabar angin mengatakan yang Apple akan menyertakan paparan ProMotion 120Hz pada semua model iPhone 14. Laporan tersebut sedikit sebanyak memberikan harapan buat peminat Apple di seluruh dunia.

“Langit tidak selalunya cerah”, harapan untuk melihat semua model iPhone 14 hadir dengan ProMotion nampaknya tidak akan berlaku. Berdasarkan dari laporan terbaru yang dikongsi oleh Ross Young  melalui Twitternya, Apple tidak akan menyertakan paparan ProMotion pada model bukan Pro bagi siri iPhone 14.

Menurut Ross Young, perkara ini disebabkan pembekal paparan untuk Apple iaitu BOE dikatakan tidak mempunyai kapasiti paparan LTPO yang mencukupi untuk digunakan pada model bukan Pro iPhone 14. Walaubagaimanapun Apple dijangka bersedia untuk membawakan paparan ProMotion pada semua model pada siri iPhone 15.

Pada siri iPhone 14, Apple dijangka akan membawakan reka bentuk yang lebih radikal disamping tampil dengan skrin jenis punch hole dan tidak lagi menggunakan takuk. Apple mungkin akan menjadualkan hari pelancaran bagi siri iPhone 14 pada September 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN