Close

Proton bakal menjadi pengedar dan penjual kereta elektrik smart EV

Proton baru-baru ini telah menandatangan memorandum (MoU) dengan syarikat automotif berdasarkan elektrik, Automobile Company (smart) yang bercadang untuk memperkenalkan kenderaan tenaga baharu (NEV) untuk pasaran automotif ASEAN.

Dalam perjanjian ini juga, Proton Edar dilantik sebagai pengedar dan pengimport dan wakil jualan untuk smart di Malaysia dan Thailand. Ini sememangnya langkah yang baik buat jenama kereta tempatan.

Menurut Proton, “ini akan menjadi perjalanan strategik buat Proton terhadap NEV kerana akan berpeluang untuk menimba pengalaman dalam penjualan, perkhidmatan, dan pengecasan NEV, serta membina kemahiran yang diperlukan untuk melebarkan sektor NEV di ASEAN.”

Dengan portfolio produk baharu elektrik yang akan dilancarkan pada tahun-tahun mendatang, smart akan berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pertumbuhan di rantau ini, katanya. Buat masa ini syarikat itu tidak bercadang untuk berkolaborasi diluar perjanjian yang telah dipersetujui.

ARTIKEL BERKAITAN