Close

Rekaan OPPO Find X5 Pro dengan kamera Hasselblad tertiris

Peranti mercu Oppo iaitu siri Find X dijangka akan diumumkan tidak lama lagi, merupakan pengganti kepada Find X3 Pro. Dengan ketiadaan siri Find X4 Pro, Oppo sebaliknya akan menggunakan Find X5 Pro berikutan kepercayaan mengenai nombor 4 membawa maksud yang kurang baik.

Berdasarkan dari imej yang tertiris menerusi Weibo yang kini telah dipadamkan, mendedahkan reka bentuk hadapan dan belakang peranti tersebut. Secara keseluruhan, reka bentuk Find X5 Pro dilihat hampir serupa dengan siri Find X3 Pro namun tetap membawakan sentuhan yang berbeza dari segi reka kamera belakang.

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah terdapatnya perkataan “Hasselblad” pada panel belakang Find X5 Pro. Memandangkan Oppo dan OnePlus kini berada dibawah satu bumbung perkara tersebut bukanlah mustahil untuk terjadi. Selain itu, Find X5 Pro mugkin akan dikuasakan oleh MariSilicon X yang merupakan NPU yang bangunkan sendiri oleh Oppo untuk meningkatkan pemprosessan imej kamera.

Sumber : OnLeaks

Buat masa ini Oppo belum lagi mengumumkan sebarang tarikh mengenai Find X5 Pro. Kami menjangkakan siri Find X5 akan diumumkan pada suku pertama 2022, dengan varian tertinggi 12GB RAM dan 256GB storan serta menjalankan ColorOS 12.1 di dalam kotak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN