Close

Samsung Galaxy S21 FE rasmi di Malaysia – Dijana cip Exynos 2100 5G dengan harga bermula RM2899

Samsung Malaysia baru-baru ini telahpun melancarkan Samsung Galaxy S21 FE 5G terbaru yang menawarkan fon dengan spesifikasi kelas andalan, tetapi dengan harga yang lebih rendah sedikit berbanding siri Galaxy S21 yang lain.

Galaxy S21 FE dijana dengan cip pemproses Exynos 2100 5G (5nm), memori 8GB RAM dan pilihan storan 128GB atau 256GB. Mempunyai bateri sebesar 4500mAh dengan pengecasan berwayar 25W dan 15W tanpa wayar.

Pada bahagian hadapan, Galaxy S21 FE dilengkapi dengan skrin 6.4-inci Dynamic AMOLED 2x dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan juga terdapat pengimbas cap jari di skrin yang menjadikan Galaxy S21 FE sebuah fon yang premium.

Kamera yang digunakan juga tidak kurang hebatnya. Menggunakan tri-kamera 12MP utama, 12MP ultra sudut-lebar dan 8MP telefoto. Sensor kamera fon ini juga menyokong rakaman video dengan OIS (Penstabilan Optikal Imej). Berkebolehan untuk Space Zoom 30x kali dan 3x kali digital zum. Swafoto pula menggunakan kamera 32MP.

Rekaan Samsung Galaxy S21 FE masih sinonim seperti siri Galaxy S21 yang lain, tetapi dengan pilihan warna yang unik dan pastel. Ia dijual dengan harga bermula RM2899 untuk varian 8GB + 128GB. Manakala untuk varian 8GB + 256GB dijual dengan harga RM3099.

ARTIKEL BERKAITAN