Close

Samsung menjadualkan acara pelancaran siri Galaxy S22 pada bulan Februari ini

Beberapa hari sebelum ini, Samsung telah pun mengumumkan cip mercu mereka yang seterusnya iaitu Exynos 2200. Dengan pengumuman itu, kami menjangkakan yang cip tersebut akan dimuatkkan pada siri Galaxy S22.

Hari ini melalui Presiden Samsung Elektronik iaitu TM Roh telah mengesahkan tarikh bagi acara pelancaran peranti mercu mereka seterusnya iaitu siri Galaxy S22 pada bulan Februari ini. Walaubagaimanapun, beliau tidak mendedahkan tarikh yang tepat untuk acara pelancaran tersebut.

TM Roh turut berkongsi video teaser yang berdurasi 15 saat dengan tajuk Samsung Galaxy Unpacked: Break the rules of what’s possible, di mana dalam video tersebut telah memperlihatkan dua buah peranti yang mungkin Galaxy S22 dan Galaxy S22 Ultra.

Siri Galaxy S22 dijangka akan hadir dengan kamera lebih berkuasa yang menfokuskan kepada mod malam. Samsung turut menjanjikan yang siri Galaxy S22 akan memberikan pengalaman Ultra yang muktamad.

Kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahkan oleh Samsung mengenai generasi Galaxy S22. Adakah siri Galaxy S22 akan memperolehi kejayaan seperti menjadi model sebelumnya, sama sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN