Close

Selain automotif, Geely akan memasuki pasaran telefon pintar

Geely bukan nama yang asing lagi dalam arena automotif yang kini pemilik kepada Proton, Lotus dan Volvo. Terbaru, Geely dilaporkan dari media China 36kr sedang merancang untuk membeli syarikat telefon pintar dari China iaitu Meizu.

Meizu antara jenama telefon pintar dari China yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Setakat ini masih belum jelas tentang harga pemilikan syarikat itu. Tetapi, Geely dikatakan telah memulakan langkah mereka untuk memasuki industri telefon pintar dan akan melancarkan fon pertama mereka sekitar tahun 2023.
Geely juga turut mengambil beberapa eksekutif yang berpengalaman dari syarikat terkenal seperti ZTE, OPPO dan Xiaomi untuk membentuk pasukan dalam menjayakan syarikat telefon pintar Geely. 

ARTIKEL BERKAITAN