Close

Semua varian siri iPhone 14 dijangka hadir dengan paparan 120Hz

Sumber : Jon Prosser


Apple
akhirnya membawakan fungsi yang ditunggu-tunggu buat peminat Apple iaitu teknologi paparan ProMotion pada siri iPhone 13. Namun fungsi tersebut hanya ditawarkan pada versi yang lebih premium iaitu iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max.

Terkini menurut laporan dari MacRumours, Apple dijangka akan menawarkan paparan ProMotion 120Hz pada keempat-empat model iPhone 14. Dengan kesemua model hadir dengan ProMotion pengguna tidak lagi perlu mengeluarkan wang lebih untuk mendapatkan fungsi tersebut.

Apple mungkin akan membuat perubahan pada barisan siri iPhone 14 dengan tidak lagi menawarkan varian mini. Walaubagaimanapun, Apple dikatakan akan memperkenalkan varian iPhone 14 Max sebagai pengganti kepada varian mini.

Selain dari paparan ProMotion yang akan disertakan pada kesemua model iPhone 14, Apple juga dikatakan akan membawakan perubahan dari segi reka bentuk dan akan menyertakan skrin jenis berlubang. Akan lebih banyak maklumat akan didedahkan mengenai siri iPhone 14 memandangkan hari pelancaran bagi iPhone 14 masih lagi panjang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN