Close

Siri iPhone 13 dilaporkan mengalami masalah skrin menjadi merah jambu



Siri iPhone 13
telah dilancarkan pada September tahun lalu, membawakan sedikit perubahan dari siri iPhone 12 seperti hadir dengan takuk yang lebih kecil, di jana dengan cip A15, warna baru yang ditawarkan dan kamera yang lebih baik.

 Selain itu, siri iPhone 13 juga menunjukkan prestasi yang sangat baik dari segi jualan dan tidak merekodkan sebarang aduan kritikal mengenainya. Walaubagaimanapun, baru-baru terdapat laporan dari China mengatakan yang siri iPhone 13 mengalami masalah skrin menjadi merah jambu.

Masalah tersebut dilaporkan tidak dapat diselesaikan dengan cara melakukan penetapan semula atau naik taraf sistem. Masalah skrin menjadi lebih serius apabila ramai pengguna turut melaporkan mengalami masalah yang sama dan ditambah dengan pelbagai masalah lain seperti lengah masa, peranti mati secara automatik, flashback dan banyak lagi.


Setakat ini, kebanyakkan laporan mengenai masalah tersebut datang dari China, tidak dapat dipastikan adakah masalah ini terhad kepada model dari China sahaja. Kekerapan skrin bertukar menjadi merah jambu adalah seketika dan dalam sesetengah masalah skrin memaparkan blok kecil dalam warna merah jambu. Masalah ini dilihat sama seperti masalah skrin sebelum ini yang bertukar menjadi warna hijau.

Buat masa ini Apple belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung masalah ini. Ini bukanlah kali pertama peranti dari Apple mengalami masalah skrin.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN