Close

Siri iPhone 14 mungkin hadir dengan reka bentuk baru yang lebih radikal

Sumber : Ben Geskin

Apple merancang untuk melancarkan siri iPhone 14 pada suku ketiga atau keempat tahun 2022. Walapun ia masih terlalu awal untuk diperkatakan namun, maklumat awal mengenai siri iPhone 14 kini semakin hangat diperkatakan.

Berdasarkan dari maklumat terbaru, Apple dikatakan sedang membangunkan rekaan serba baharu untuk siri iPhone yang seterusnya. Rekaan yang akan meletakkan siri iPhone seterusnya berada di tahap yang lain dan tidak sama seperti pada siri sebelumnya.


Perubahan paling ketara adalah siri iPhone 14 tidak lagi tampil dengan skrin jenis bertakuk sebaliknya akan hadir dengan rekaan skrin jenis punch hole yang berbentuk pil. Apple juga dikatakan tidak akan mengikuti rekaan skrin yang digunakan oleh pesaingnya.

Berikutan dari itu, Apple dikatakan memilih LG Display untuk membangunkan reka bentuk punch-hole yang lebih baik sekaligus akan menggunakan teknologi kamera bawah skrin sebagai sistem keselamatan biometrik Face ID.

Selain itu, terdapat juga laporan mengatakan yang rekaan siri iPhone 14 di inspirasikan dari siri iPhone 4 yang merupakan iPhone paling popular, gabungan retro dengan teknologi terkini mungkin dapat menghasilkan sesuatu yang berbeza dari model sebelumnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN