Close

Siri iPhone 14 mungkin hadir dengan varian eSIM dan SIM fizikal


Apple dijangka akan mengumumkan siri iPhone 14 pada September ini berdasarkan dari garis masa pelancaran model sebelum ini. Pada siri iPhone 14, Apple dijangka menggunakan sokongan eSIM secara sepenuhnya.

Laporan terkini, menurut dari penganalisis GlobalData Emma Mohr-McClune menyatakan bahawa Apple tidak akan beralih kepada eSIM sepenuhnya secara drastik. Sebaliknya Apple akan menawarkan pilihan kepada pengguna sama ada memilih varian eSIM atau varian standard iaitu dengan SIM Fizikal dan eSIM.

Pada ketika ini masih terdapat banyak negara yang tidak menyokong eSIM secara sepenuhnya, dengan kemungkinan itu Apple dijangka masih menawarkan siri iPhone 14 dengan slot SIM Fizikal.

eSIM adalah SIM digital yang membolehkan pengguna mengaktifkan pelan selular tanpa memerlukan kad SIM Fizikal. Kali pertama eSIM ini diperkenalkan adalah pada tahun 2018 iaitu pada model iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR pada tahun 2018.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN