Close

Siri OnePlus 10 akan hadir dengan teknologi GPU HyperBoost


OnePlus telah pun mengumumkan tarikh pelancaran bagi siri OnePlus 10 pada 11 Januari di China. Menjelang hari pelancaran yang tinggal dalam beberapa hari sahaja lagi, berikutan itu OnePlus telah memberikan beberapa teaser awal mengenai siri OnePlus 10.


Uploading: 872511 of 872511 bytes uploaded.

Menurut pengasas bersama Pete Lau, siri OnePlus 0 akan hadir dengan teknologi GPU yang baharu dikenali sebagai HyperBoost. Secara asasnya teknologi HyperBoost adalah mengenai pengoptimum prestasi dan juga pengalaman bermain.


Ciri baru ini merupakan pengoptimuman yang dilakukan pada cip dengan menggunakan algoritma AI yang dibangunkan oleh OnePlus selama dua tahun. HyperBoost akan membantu GPU untuk sentiasa berada pada prestasi yang optimum dari semasa ke kesama. Ciri ini akan tersedia pada siri OnePlus 10 dengan ColorOS 12.1 secara luar kotak.

Walaubagaimanapun, Pete Lau tidak menjelaskan lebih terperinci mengenai teknologi GPU HyperBoost. Menjelang hari pelancaran yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita mungkin akan disajikan dengan pelbagai teaser mengenai siri OnePlus 10.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN