Close

Sokongan Android pada fon Blackberry akan ditamatkan pada Ogos 2022

Baru-baru ini kita sudah dengar bahawa Blackberry telah menamatkan sokongan terhadap Blackberry OS dan Blackberry 10. Kini Blackberry umumkan bahawa sokongan Android juga turut akan ditamatkan buat fon Blackberry.

Antara aplikasi yang turut terjejas dengan penamatan ini adalah Blackberry Keyboard, Privacy Shade, Password Keeper, Blackberry Launcher dan DTEK. Penamatan sokongan Android akan berkuatkuasa pada 31 Ogos 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN