Close

Spesifkasi OnePlus 10 Pro versi Global berbeza dari versi China

 



OnePlus
secara rasminya telah memperkenalkan OnePlus 10 Pro di China, dari segi spesifikasi OnePlus 10 Pro dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 1, RAM sehingga 12GB, storan dalam sehingga 256GB. Bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVooc 80W. Dari segi kamera, ia tampil dengan tetapan tri-kamera dengan 48MP+50MP+8MP, manakala untuk swafoto adalah 32MP.

Menurut dari laporan terbaru, OnePlus 10 Pro untuk pasaran global dikatakan hadir dengan spesifikasi yang sedikit berbeza dari yang ditawarkan untuk pasaran China. Di mana perkara tersebut diumumkan oleh wakil OnePlus.

Walaubagaimanapun, ia tidak menjelaskan lebih terpinci mengenai perbezaan di antara versi global dan China. Keberangkalian perbezaan spesifikasi adalah mungkin dari segi perkakasan, varian memori atau lain-lain.

Buat masa ini, tiada lagi sebarang tarikh rasmi diberikan mengenai bila OnePlus 10 Pro akan mula di tawarkan untuk pasaran global. Kami menjangkakan maklumat terperinci mengenai perbezaan itu akan diumumkan sewaktu pelancaran OnePlus 10 Pro untuk pasaran global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN