Close

Tesla Cybertruck ditunda lagi sehingga awal tahun 2023

Tesla bukan jenama yang asing lagi dalam arena automotif berdasarkan kereta elektrik. Pada tahun 2019, Tesla umumkan kereta pacuan empat roda pertama mereka iaitu Cybertruck yang mempunyai rekaan unik dan dikuasakan dengan elektrik. 

Dalam masa yang sama, Tesla menjanjikan pengeluarannya dalam hujung tahun 2021. Tapi nampaknya ia tidak berlaku. Malah, melalui laman web rasmi Tesla umumkan ia ditunda pada tahun 2022, namun berdasarkan laporan terbaru Reuters, pengeluaran Cybertruck akan ditunda pada awal tahun 2023.


Berdasarkan laman web rasmi Tesla, pembeli diberitahu bahawa “You will be able to complete your configuration as production nears in 2022.” Akan tetapi ia telahpun berubah ke “You will be able to complete your configuration as production nears,”.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN