Close

Xiaomi catat jualan $283 juta bagi siri Xiaomi 12 hanya dalam masa 5 minit

Xiaomi telah pun melancarkan siri Xiaomi 12 yang terdiri daripada Xiaomi 12, 12 Pro dan juga 12X. Yang mana ia telah pun mula dijual bermula semalam di China. 

 

Penjualan siri Xiaomi 12 dilihat mendapat sambutan yang hangat dengan merekodkan jualan unit bernilai 1.8 billion Yuan (~$283 juta) hanya dalam masa lima minit sahaja melalui dalam dan juga luar talian.

Untuk siri Xiaomi 12, strategi baharu digunakan oleh Xiaomi dengan membawakan semula peranti premium bersaiz kompak yang dilihat menjadi salah satu faktor peningkatan jualannya. Kali terakhir Xiaomi menghasilkan peranti premium dengan saiz kompak adalah pada model Mi 8.

Sebagai perbandingan, model sebelum ini iaitu siri Xiaomi Mi 11, Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra yang dilancarkan telah dijual berasingan di China. Kesemua model membawakan saiz skrin yang sama iaitu 6.81 inci dan dengan itu ia telah kehilangan jualan kepada pengguna yang mencari peranti dengan saiz kompak. Dan kekurangan itu telah pun diatasi melalui siri Xiaomi 12.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN