Close

Apple akan menawarkan baik pulih Face ID tanpa perlu menggantikan sebuah iPhone baharu


Apple mengatakan yang mereka tidak lama lagi akan dapat membaiki Face ID pada iPhone XS dan ke atas tanpa perlu menggantikan sebuah iPhone baharu. Perkara itu didedahkan oleh MacRumours melalui satu memo dalaman yang tertiris.

Juruteknik Apple dikatakan akan dapat mengakses bahagian utama Face ID iaitu TrueDepth di mana pada bahagian tersebut ia mengandungi komponen Face ID dan juga modul kamera hadapan.

Apple mula memperkenalkan ciri Face ID pada iPhone X pada 2017, akan tetapi iPhone X tidak di senaraikan dalam proses baik pulih Face ID pada unit yang sama sebaliknya akan digantikan dengan unit baharu.

Stor dan pembekal sah Apple dijangka akan mula dapat menggunakan alat diagnostik Apple Service Toolkit untuk menjalankan proses baik pulih Face ID pada unit yang sama. Dokumentasi dan juga latihan berkaitan baik pulih ini juga akan diberikan seiring dengan pengenalanya.

Apple buat masa ini tidak lagi mengumumkan anggaran kos untuk baik pulih Face ID pada unit yang sama, namun kami menjangkakan ia mungkin lebih berpatutan daripada menggantikan sebuah unit baharu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN