Close

Apple mungkin akan melancarkan iPhone SE 5G dan iPad Air 5G lebih awal pada tahun ini


Apple dilaporkan mungkin akan melancarkan iPhone SE 5G dan juga iPad Air 5G pada atau lebih awal dari tarikh 8 Mac 2022. Sekaligus akan menjadi acara besar pertama Apple sejak pelancaran MacBook Pro baharu pada Oktober tahun lalu.

Penawaran iPhone SE 5G memperlihatkan Apple masih lagi akan menawarkan peranti dengan harga mampu milik dan akan menjadi saingan kepada peranti Android dalam segmen harga mampu milik.


 iPhone SE 5G akhirnya mendapat kemaskini pertama dalam tempoh dua tahun yang merangkumi penambahbaik dari segi rangkaian 5G, keupayaan kamera yang lebih baik dan cip pemproses yang lebih pantas. Namun, dari segi reka bentuk ia masih mengekalkan reka bentuk seperti model iPhone SE 2020.


Manakala bagi iPad Air 5G, ia juga akan membawakan beberapa kemaskini seperti peningkatan dari segi cip pemproses dan juga sokongan rangkaian 5G. Sama seperti iPhone SE 5G, iPad Air 5G juga akan membawakan reka bentuk yang sama seperti model sebelumnya dengan satu kamera belakang, pengecasan jenis USB-C dan Touch ID pada butang kuasa.

Pada acara tersebut, Apple mungkin akan melancarkan barisan baru Mac bersama cip Apple Silicon. Seperti acara pelancaran yang lain, acara pelancaran ini dijangka akan dilakukan secara atas talian.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN