Close

Apple mungkin menggunakan Modem 5G dari TSMC sepenuhnya pada siri iPhone 14

Pelbagai laporan awal mengenai siri iPhone 14 telah pun timbul biarpun hari pelancarannya masih lagi panjang. Antara laporan yang telah tertiris mengenai siri iPhone 14 adalah seperti reka bentuk, jenis takuk dan juga mengenai kamera 48MP.

Terkini, menurut laporan dari Taiwan Economic Daily News mengatakan yang TSMC bersedia untuk menerima semua pesanan modem 5G dari Apple yang akan digunakan pada siri iPhone 14. Walaubagaimanapun, laporan ini sedikit bercanggah dari laporan awal yang mengatakan TSMC akan mengambil sebahagian sahaja pesanan dari Apple dan selebihnya akan di hasilkan oleh Samsung.

Modem 5G dari TSMC dikatakan akan menggunakan teknologi binaan nod 6nm, yang mempunyai peningkatan ketara berbanding dari modem yang digunakan pada siri iPhone hari ini yang dibangunkan oleh Qualcomm.

Dengan menggunakan teknologi nod 6nm ia dijangka dapat mengoptimuman penggunaan kuasa serta  prestasi sambungan 5G dan WiFi 6/6e yang lebih baik. Selain itu, ia juga dapat menambah jangka hayat bateri pada siri iPhone 14.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN