Close

Apple umumkan fungsi ‘Tap to Pay’ – Transaksi pembayaran hanya menggunakan iPhone



Apple
hari ini mengumumkan fungsi baru yang dikenali sebagai “Tap to Pay”, yang mana ia membolehkan peniaga atau pengguna menggunakan iPhone mereka sebagai terminal jualan tanpa memerlukan terminal tambahan.

Fungsi baru ini akan mula diberikan secara berperingkat, di mana Amerika Syarikat akan menjadi negara pertama yang akan hadir dengan fungsi tersebut. Fungsi ini akan mula diterima pada penghujung tahun 2022.

Fungsi ini juga turut menyokong Apple Pay melalui iPhone dan juga Apple Watch. Kad debit, kad kredit dan dompet digital boleh digunakan tanpa memerlukan sebarang terminal tambahan. Visa, Mastercard, American Express dan Discover adalah antara kad yang boleh digunakan pada fungsi Tap to Pay.

 

Untuk menjalankan fungsi ini ia memerlukan pengguna menggunakan iPhone XS dan keatas, Apple juga mendedahkan yang Stripe akan menjadi platform pertama yang akan menyokong fungsi Tap to Pay.

Bercakap mengenai keselamatan, Apple menyatakan yang Tap to Pay akan mempunyai ciri keselamatan seumpama Apple Pay dengan penyulitan data yang akan menjana transaksi ID yang unik setiap kali pengguna membuat pembelian. Fungsi ini dijangka akan diperluaskan pada kebanyakan peruncit yang menerima pembayaran melalui Apple Pay. Namun buat masa ini tiada sebarang tarikh diumumkan bila ia akan tersedia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN