Close

BlackBerry kini hanya tinggal sejarah – Projek fon BlackBerry 5G gagal dan dihentikan


BlackBerry sebelum ini telah pun menjual paten berkaitan peranti mudah alih mereka kepada Onward Mobility. Sejurus pembelian itu, Onward Mobility telah mengumumkan yang mereka akan tampil dengan peranti BlackBerry 5G pada tahun 2021 namun masalah kelewatan memaksa ia dijadualkan semula pada tahun ini.

Dalam perkembangan terkini, impian untuk melihat peranti BlackBerry yang seterusnya dilihat seperti tidak akan terjadi. Berikutan Onward Mobility dikatakan tidak akan menghasilkan sebarang peranti dibawah nama BlackBerry selepas gagal melesenkan nama BlackBerry.

Kisah awal mengenai BlackBerry 5G bermula pada Ogos 2020. Apabila Onward Mobility menggumumkan bahawa BlackBerry 5G akan tiba pada 2021 selepas BlackBerry dan TCL tidak lagi menjadi rakan niaga. Namun selepas itu semuanya tidak berjalan seperti yang dirancang, dan  BlackBerry tidak lagi mahu terlibat dalam arena telefon pintar.

Jika anda masih mengharapkan BlackBerry baharu akan muncul, ia tidak akan pernah berlaku dan ia juga adalah waktu yang sesuai untuk anda “move on”.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN