Close

Caviar buka pra-tempahan Samsung Galaxy S22 Ultra edisi terhad dengan harga bermula dari RM27,289


Caviar merupakan satu jenama mewah yang membawakan konsep ubah suai telefon secara kreatif dengan menggunakan bahan yang paling jarang dilihat dan berkualiti tinggi. Syarikat yang berpangkalan di Rusia ini menfokuskan kepada telefon popular dan mengubah suainya untuk menjadikan ia lebih mewah dan premium.





Terkini, pihak Caviar dilihat membuka pra tempahan bagi Samsung Galaxy S22 Ultra edisi terhad dari mereka. Koleksi Galaxy S22 Ultra edisi terhad Caviar ini tampil dengan enam pilihan yang diperbuat dari emas 24 karat, titanium ringan, gentian karbon automotif dan juga ukiran laser.


Untuk model yang diperbuat dari emas 24 karat, ia direka bentuk berdasarkan dua aliran seni dari abad ke 19 dan ke 20 iaitu Art Nouveau dan Art Deco. Bagi model yang diperbuat dari campuran titanium dan gentian karbon ia dinamakan sebagai “Drive” dimana ia mengambil konsep dari kerata sport pada tahun 1920 yang diilhamkan dari Bugati Atlantic.


Selain dari Samsung Galaxy S22 Ultra edisi terhad, Caviar juga menerima tempahan bagi model lain seperti Galaxy S22 atau S22 Plus dengan reka bentuk yang sama. Koleksi Samsung Galaxy Ultra edisi terhad Caviar ini dijual pada harga bermula RM27,289 ( $6520).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN