Close

Google akan mula menghadkan sandaran pada WhatsApp


Google
nampaknya akan mula menghadkan sandaran WhatsApp yang disambungkan pada akaun Google Drive pengguna. Sebelum ini, sandaran WhatsApp tidak menggunakan kuota simpanan 15GB yang diberi secara percuma pada pengguna.

Namun yang percuma tidak akan percuma selamanya, menurut dari WABetaInfo Google dijangka akan mula berhenti menawarkan pelan tanpa had bagi penyimpanan sandaran WhatsApp. Ia berdasarkan dari beberapa baris kod yang ditemui oleh WABetaInfo iaitu mesej amaran akan dipaparkan apabila storan simpanan mula mencapai had.

WhatsApp juga akan mula membolehkan pengguna untuk mengawal saiz sandaran untuk di muat naik pada Cloud Storage berdasarkan dari baris kod yang ditemui. Ciri ini akan membenarkan pengguna untuk memilih sandaran yang dimahukan antaranya chat, dokumen, gambar, video dan sebagainya.

Penamatan tanpa had bagi penyimpanan sandaran WhatsApp akhirnya akan memaksa pengguna untuk melanggan Google One untuk menyimpan sandaran WhatsApp. Satu lagi norma baharu yang akan menjadi kebiasaan pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN