Close

Google hentikan pengeluaran Pixel 4a secara rasmi


Siri Google Pixel siri “a” merupakan sebuah peranti yang dibina dengan ideologi harga mampu milik. Tampil dengan spesifikasi kelas pertengahan dengan ciri premium yang ada pada model utama Google Pixel.

Google Pixel 4a boleh dianggap sebagai salah satu peranti dengan harga mampu milik terbaik yang pernah dihasilkan oleh Google. Walaupun begitu, Google telah pun menamatkan pengeluaran Pixel 4a selepas beberapa bulan tidak disenaraikan dalam Google Store. Walaupun usia Pixel 4a belum lagi mencecah dua tahun, Pengguna juga kini tidak lagi boleh membeli Pixel 4a di mana mana platform rasmi lain.

Memandangkan Pixel 6a dijangka akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi, Google nampaknya mengambil inisiatif untuk menghentikan pengeluaran Pixel 4a. Walaubagaimanapun, Google masih lagi menawarkan Pixel 5a secara rasmi pada Google Store. Secara keseluruhan Pixel 4a menawarkan spesifikasi dua kali ganda lebih baik dari Pixel 3a dan dijual dengan $50 lebih murah.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN