Close

Harga jualan bagi iPhone SE 2022 dijangka bermula sekitar RM1,260

Sumber : XLeaks7

Pada dua tahun lalu, Apple telah pun melancarkan iPhone SE generasi kedua yang dikenali sebagai iPhone SE (2020). Dan menurut dari laporan, Apple dijangka membawakan pengganti iPhone SE (2020) pada 8 Mac di mana pelancaran tersebut akan diumumkan bersama iPad Air baharu.

Seperti yang kita tahu iPhone SE 2022 akan hadir dengan sokongan 5G, cip A15 Bionic dan juga kamera yang dipertingkatkan.Walaupun hadir dengan sejumlah peningkatan, terdapat laporan mengatakan yang iPhone SE 2022 akan dijual lebih murah berbanding iPhone SE 2020.

Menurut penganalisis Jon Donovan, iPhone SE 2022 akan dijual pada harga sekitar RM1,260 ($300) iaitu kurang RM 415 ($99) dari iPhone SE 2020. Namun begitu, menurut Daniel Ives iPhone SE 2022 berkemungkinan akan dijual pada harga yang sama iaitu RM1,675 ($399) tetapi tidak menolak jika ia dijual lebih murah.

Sebagai rujukan, iPhone SE 2020 untuk pasaran Malaysia dijual pada tanda harga RM1,999. Sekiranya iPhone SE 2022 di tawarkan dengan harga yang lebih kompetitif untuk pasaran Malaysia kemungkinan besar pengguna Android beralih ke iPhone adalah sangat besar memandangkan iPhone SE 2022 tampil dengan pakej sokongan 5G dan dijana cip A15 dari iPhone 13.

Buat masa ini Apple belum lagi mendedahkan sebarang tarikh berkenaan pelancaran iPhone SE 2022. Akan ada lebih banyak maklumat mengenainya akan dikongsi dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN