Close

Ini senarai 10 peranti terawal yang akan menerima kemaskini MIUI 13 untuk suku pertama 2022

Xiaomi telah pun mengumumkan kemaskini sistem operasi baru mereka iaitu MIUI 13. Berikutan itu, Xiaomi India telah berkongsi senarai awal peranti yang akan menerima kemaskini bermula akhir bulan depan antaranya adalah enam model dari siri 11 dan empat model dari siri Redmi.

Pada MIUI 13, Xiaomi menawarkan peningkatan yang lebih baik dengan menfokuskan kepada fail sistem storan yang dioptimumkan dengan kecekapan sehingga 60%, pengoptimuman RAM sehingga 40% dan juga pengoptimuman pemproses yang lebih pantas serta berprestasi tinggi walaupun dengan perkakasan yang sama. 

                                   

Selain itu, pada MIUI 13 ia juga hadir dengan antara muka baru seperti wallpaper baru, skema warna yang lebih menarik, bar sisi untuk pengakses pantas pada aplikasi kegemaran dan juga peningkatan jangka hayat bateri sehingga 10%.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN